07 Disember 2009

HALA TUJU SYARIKAT

Syarikat ini ditubuhkan pada 05 April 1993 adalah bertujuan untuk mengembangkan lagi produktiviti hasil pertanian dalam pengeluaran makanan dan minuman negara, disamping berusaha menyahut seruan kerajaan dalam meningkatkan taraf hidup petani diluar bandar dan mengurangkan kadar pengangguran belia - belia yang
semakin kritikal. Oleh itu, dengan adanya syarikat ini secara tidak langsung dapat meningkatkan taraf hidup petani dan mengurangkan pengangguran dalam kalangan belia.

Selain daripada itu penubuhan syarikat ini juga bertujuan untuk memberi kesedaran dalam kalangan rakyat malaysia tentang betapa banyak khasiat yang terkandung dalam roselle yang mana mramai lagi tidak mengetahui akan kelebihan dan khasiatnya. Serta untuk memberi kesedaran kepada rakyat malaysia bahawa produk tempatan juga mampu untuk bersaing dengan dengan produk - produk dari luar. Malah produk yang dihasilkan oleh pengusaha tempatan juga lebih berkualiti, bersih dan terjamin halal selain mempunyai nilai khasiat yang tinggi. adalah menjadi kebanggan syarikat  yang mana syarikat ini juga menjadi pemangkin kepada pertumbuhan industri roselle di Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen yang baik, dapat memberikan kesan dan penambahbaikan kepada syarikat kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...