RMZ Products Sdn. Bhd. adalah salah satu daripada syarikat pengeluar makanan dan minuman berasaskan roselle yang menganggotai MPPIR iaitu satu Majlis Penyelarasan Pengurusan Industri Roselle. Majlis ini ditubuhkan pada awal tahun 2002 adalah bertujuan untuk
meningkatkan dan memajukan lagi industri roselle yang sedang berkembang pesat dimalaysia dengan kementerian Pertanian sebagai badan induk dan dibantu oleh pbadan - badan berkanun yang lain seperti Mardi, FAMA, jabatan Pertanian di seluruh negara dan disokong oleh badan - badan profesional yang lain seperti UKM, UPM, UM, FRIM, dan SIRIM.
Badan ini ditugaskan untuk membuat kajian dan penyelidikan pembangunan produk dan juga pembangunan pertanian komersial dalam penggunaan bahan mentah roselle. FAMA ditugaskan untuk menjalankan aktviti promosi di seluruh negara di peringkat sekolah, hypermarket, Pasaraya, Hotel, dan tapak - tapak ekspo.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
komen yang baik, dapat memberikan kesan dan penambahbaikan kepada syarikat kami.