20 November 2009

SEJARAH DAN LOKASI RMZ




RMZ products sdn. bhd. adalah salah satu syarikat bumiputera yang beroperasi di wakaf bunut, pasir puteh kelantan.

lokasinya terletak 3 KM daripada bandar
pasir puteh, dan 45 KM daripada ibu negeri kelantan kota bharu.

RMZ adalah singkatan daripada nama isteri kepada pengarah urusan Ruzmini Bt Mohd Zin.
RMZ adalah sebuah syarikat perintis kepada perkembangan awal industri roselle di Malaysia bermula pada tahun 1992.

syarikat ini di asaskan oleh pengarah urusan RMZ products sdn. bhd. iaitu Haji Nik Mood bin Nik Wan Megat.sejarah awal pembabitan beliau dalam industri roselle adalah pada tahun 1990, beliau bekerja di mardi

padang pak amat pada mulanya ada menanam pokok roselle di halaman rumah sebagai tanaman hiasan tetapi setelah berbincang dengan pegawai mardi,mereka mengesyorkan supaya beliau mengusahakan tanaman tersebut sebagai minuman komersial kerana menurut pihak mardi roselle mengandungi banyak khasiat jika di bandingkan dengan minuman kesihatan yang ada di pasaran sekarang.


sejarah bermula pada tahun 1992 dengan menanam 1 ekar tanaman roselle, pada penghujung tahun 1992 beliau mula memproses secara kecil-kecilan manakala jualan hanya di lakukan kepada keluarga terdekat dan di pasar-pasar malam dan di daftar dengan nama RMZ products dengan bermodalkan RM500.
pada 14 disember 1997 RMZ products di tukar menjadi syarikat sendirian berhad dengan nama RMZ products sdn. bhd. dengan modal berbayar RM100,000.00.

dengan penambahbaikan dan pembaharuan dalam berbagai segi termasuk daripada proses pembuatan sehinggalah pemasaran produk-produk, syarikat RMZ berjaya menjuarai beberapa pertandingan di peringkat kebangsaan pada tahun 2003, 2005 dan 2006 pada Hari Peladang,Penternak dan Nelayan yang di adakan di beberapa lokasi dalam kategori jus/kordial.
dengan menjuarai beberapa pertandingan itu kami mendapat hak untuk membekalkan POUCH kepada syarikat MAVORS ( Malaysian Flavors).

setelah berbelas tahun bergiat dalam industri roselle, kini syarikat kami berjaya menembusi pasaran di Hypermarket seperti Tesco, Jusco, Mydin, Carrefour, The Store Pacific, dan Giant. selain itu kami juga berjaya menembusi pasaran antarabangsa terutamanya di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu.ini adalah peta lokasi syarikat/kilang kami daripada bandar Pasir Puteh.



Kepada mana-mana badan persatuan, pelajar sekolah mahupun IPTA/IPTS yang mahu membuat lawatan ke kilang kami boleh lah menggunakan peta lokasi ini sebagai rujukan.

1 ulasan:

  1. salam..
    saya berminat untuk menceburi bidang roselle seperti tuan..boleh tak pihak tuan ajar saya bagaimana untuk memulakan perniagaan seperti ini...

    BalasPadam

komen yang baik, dapat memberikan kesan dan penambahbaikan kepada syarikat kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...