29 Disember 2010

KAJIAN - ROSELLE MAMPU MENCEGAH PENYAKIT

Khasiat perubatan roselle oleh penyelidik di Universiti Malaya (UM) prof.Dr.Rais Mustapha dan prof.Dr.Mustafa Ali Mohd ternyata sesuatu yang begitu
bernilai dan membanggakan memandangkan kelebihan tersebut jarang di perolehi dalam mana-mana bahan semulajadi di dunia.

Bunga roselle mampu bertindak sebagai ubat yang penting kepada manusia iaitu anti-kolestrol dan anti- hypertensi diantara ubat yang paling mahal dan paling banyak digunakan didunia.

Minuman jus roselle ini sekiranya diambil secara berterusan ianya dapat melancarkan perjalanan pembuangan  air kencing.Walaupun kajian saintifik menunjukan roselle terbukti mengandungi khasiat perubatan yang cukup bernilai namun ianya masih memerlukan ujian secara klinikal ke atas pesakit sebenar di hospital.

Sebahagian besar agensi penyelidikan di dunia sedang menumpu usaha untuk mencari bahan aktif yang boleh bertindak sebagai anti-kolestrol, memandangkan ubat-ubatan yang digunakan secara meluas sekarang ini mempunyai kesan jangka panjang.

 Roselle juga mengandungi asid organik iaitu asid yang amat berguna kepada manusia sebagai sumber tenaga. Kelebihan roselle itu secara langsung dapat meningkatkan kesihatan dan mencegah masalah jantung serta melindungi daripada sebarang serangan penyakit kardiovaskular dan darah tinggi(Mohd Khuzairi Ismail, 2006)

1 ulasan:

  1. kalau kat kuala terengganu kat mana bleh dpt produk ni...

    BalasPadam

komen yang baik, dapat memberikan kesan dan penambahbaikan kepada syarikat kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...