10 Oktober 2009

KHASIAT ROSELLE


- Melancarkan kencing
Amalkan meminum air rebusan bunga
roselle. Amat sesuai Bagi mereka yang mempunyai masalah kencing kotor dan ketidaklancaran semasa membuang air kecil- sekali rebus 5 kuntum.


- Darah tinggi
Zat asal yang terdapat dalam buah roselle amat berkesan mengawal penyakit tekanan darah tinggi. Amalkan memakan ulam kelopak mentah bunga roselle mentah di kantan dapat membantu dalam memberi imbangan terhadap tekanan darah tinggi.

- Pembuka selera
Rebus kan sejengkal ibu jari akar pokok roselle dan di minum. Amat mujarab dalam membantu membuka selera makan bagi mereka yang kurang nafsu makan terutamanya kanak - kanak.

- Julap
Kisarkan 10gm kelopak atau kudup buah roselle dengan segelas air, kemudian di tapis dan di minum. Ianya dapat membantu melawaskan proses pembuangan air besar.


- Luka


Tampalkan daun tua roselle di tumbuk lumat ke luka. Selain menyembuh luka dan menghentikan darah, ia juga mamu menghilangkan parut sekiranya di amalkan selalu.

- Demam dan Panas badan.
Daun tua pokok roselle di kisar secukupnya, ditapis dan tambahkan air suam untuk di jadikan air mandian. Sambil menyiram badan menggunakan air rebusan itu tadi, kunyahlah pucuk muda roselle. Cara ini dapat membantu mempercepatkan sembuh dari demam dan juga meredakan panas badan.

- Batuk
Dengan mengunyah secara perlahan-perlahan sehingga lumat dan kemudian telan, kudup buah roselle dapat membantu merawat batuk dengan cara memecahkan lendir kahak. Ini kerana ianya mengandungi bahan astrigen.

- Menghaluskan kulit
Bagi mereka yang mempunyai masalah tumit kaki yang merekah atau kasar, caranya adalah dengan mengamalkan membuat lumuran tapak kaki dengan daun roselle setiap hari sebelum tidur dan biarkan semalaman.

2 ulasan:

  1. salam

    banyak jugak khasiat roselle yang saya xtau, cari ni pon sbb kna buat tugasan.... huhuhu

    BalasPadam
  2. Slm , Saya amat tertarik dengan khasiatnya yang amat berguna , selama ni saya x tau...tapi saya memang suka halwa roselle....

    BalasPadam

komen yang baik, dapat memberikan kesan dan penambahbaikan kepada syarikat kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...