04 Mei 2010

PENGENALAN ROSELLE - HIBISCUS SABDARIFFA

Roselle ataupun nama saintifiknya Hibiscus Sabdariffa L yang juga dikenali sebagai asam paya, asam susur dan asam kumbang tergolong dalam keluarga malvaceaer seperti bunga
raya dan bendi. Nama lain bagi roselle yang dikenali di negara luar Malaysia ialah :-

  • florida cranberry - jamaica
  • sorrel, indian sorrel, red sorrel, karkadih (di negara - negara arab)
Roselle spesies kacukan Universiti Malaya di malaysia terkenal dengan nama ribena Malaysia dan rasanya seakan-akan ribena blackcurrant.




Kalik Roselle mempunyai nilai komersial yang mana boleh diproses untuk menghasilkan jus roselle, jem roselle, serbuk roselle, kek roselle, biskut roselle dan pelbagai lagi makanan  dan masakan berasaskan roselle.

Pewarna merah ungu yang terkenal dengan nama antosianin juga mempunyai nilai komersial yang tinggi yang mana boleh digunakan didalam pemprosesan makanan dan minuman sebagai pewarna asli bagi menggantikan pewarna tiruan.

kalik roselle mempunyai kandungan antosianin, asid arkobit, asid malik, dan asid sitrik. Selain itu, terdapat juga 

  • vitamin C seberat 260mg hingga 280mg disalam 100mg kalik segar(mat isa, 1985), 
  • 2.85mg vitamin D
  • 0.04mg vitamin B1
  • 0.06mg vitamin B2
  • 0.05 vitamin kompleks B2
  • serta Asid Organik
Kalik Roselle juga mengandungi kandungan pektin yang tinggi, ianya amat sesuai untuk digunakan dalam industri pemprosesan dan pembuatan jeli dan jem. Pektin Roselle juga boleh dikomersialkan dalam industri pemprosesan makanan dan minuman halal sebagai pektin buah-buahan bagi menggantikan gelatin haiwan.

Selain itu, biji roselle juga mempunyai 17% kandungan minyak yang mana boleh dikomersialkan dengan memproses bijinya bagi mendapatkan minyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen yang baik, dapat memberikan kesan dan penambahbaikan kepada syarikat kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...