09 September 2009

PENGENALAN LATAR BELAKANG SYARIKAT


RMZ Products memulakan perniagaan pada 05 Apr. 1993 secara kecil - kecilan dengan modal sebanyak RM 5,000.00. RMZ Products Sdn. Bhd. ditubuhkan pada 14 Disember 1997 dengan modal berbayar sebanyak RM 90, 000.00 dan modal di benarkan sebanyak RM 100, 000.00. Syarikat ini mempunyai
dua orang ahli lembaga pengarah iaitu En. Nik Mood Bin Nik Wan Megat dan Puan Rusmini Binti Mohd Zain. Syarikat ini merupakan satu - satunya industri berasaskan roselle yang diusahakan oleh bumiputera tempatan secara pertanian komersial yang mana dipasarkan melangkaui garis sempadan Malaysia.

Syarikat ini menjalankan aktiviti menanam, memproses dan memasarkan produk yang dihasilkan berasaskan roselle. Bahan mentah yang dibekalkan kepada syarikat/ kilang dibekalkan oleh petani sekitar sebayak 5 hingga 10 ekar semusim yang mana hasilnya di anggarkan sebanyak 10 tan kelopak roselle bagi setiap musim. Dengan adanya syarikat bumiputera yang mengusahakan industri berasaskan roselle ini sekurang - kurangnya dapat membuka ruang untuk menambah pendapatan keluarga bagi petani sekitar
kampung.

Sekadar gambar hiasan : gambar ladang roselle di manong, Perak.
Syarikat ini menerima hasil dari penduduk kampung yang terdiri dari 10 keluarga yang mana menghasilkan kelopak roselle untuk dibekalkan kepada kilang. anggaran kasar bagi pendapatan sampingan setiap petani yang mengusahakan roselle ialah RM 2,000.00 semusim.

Produk - produk yang dikeluarkan oleh pihak syarikat adalah kordial roselle 1 liter, minuman segera roselle(ready to drink,RTD) 250 Ml, sos roselle 30gram, Halwa roselle 80 gram dan kordial roselle 4 liter.
produk - produk ini diproses menggunakan kaedah separuh mekanikal(semi - auto machine)didalam kilang seluas 1520 meter persegi kordial roselle 1 liter di botolkan didalam botol plastik 1 liter. bagi RTD pula dibotolkan didalam botol berkapasiti 250ml, manakala sos pedas roselle di botolkan didalam botol kaca yang cerah, bagi halwa pula di bungkus menggunakan bungkusan plastik yang menarik, dan akhir sekali bagi kordial 4 liter di botolkan dalam botol bermuatan 4 liter.

Selain daripada produk diatas kami juga dalam proses bagi mengeluarkan produk minuman roselle yang dibungkus di dalam bentuk pouch iaitu bentuk yang lebih komersial untuk pasaran global.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

komen yang baik, dapat memberikan kesan dan penambahbaikan kepada syarikat kami.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...